Friday, June 14, 2013

Habuk di Blog

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

          Saya terpanggil untuk kembali mencoret blog saya yang sudah kusam ini dek kerana penangan penulis-penulis muda yang mana banyak memberi gambaran dan kesedaran kepada generasi muda kini tentang indahnya berdakwah dengan menulis. Sekurang-kurangnya ada pahala yang dapat ditinggalkan jika diri ini dipanggil oleh Allah menghadapNYA.

         
Home Library -dalam pembikinan-
          Antara penulis-penulis yang terkemuka kini, nama yang sering meniti di bibir-bibir remaja kini adalah ikon seperti Hilal Asyraf, Fatimah Syarha, Pahrol Joi dan lain-lain. Saya sendiri banyak membelek coretan-coretan yang ditulis oleh mereka menggambarkan betapa mudahnya Islam itu dipraktikkan. Mereka tidak memberati Ummah untuk berdakwah dan berukhwah, dan pada masa yang sama tidak meremehkan perkara-perkara dalam Islam itu sendiri. Pembawakan Wassatiyah yang cuba diketengahkan oleh mereka memberi impak kepada dunia Islam di Malaysia kini. Syukran Ya Allah kerana menganugerahkan penulis-penulis hebat di zaman dagangmu ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...