Friday, October 19, 2012

Penzaliman Terhadap Wanita ?

Lelaki...tugas yang digalas olehnya adalah untuk menghormati dan melindungi wanita. Bukan melindungi dari aspek fizikal sahaja, malah dari sudut hati dan jiwa. Tetapi kini, penganiayaan terhadap wanita sudah berleluasa dari sudut yang sangat halus, iaitu cinta dan angan-angan. Mereka menzalimi wanita dengan memberikan janji palsu yang belum pasti, malah menyusun perancangan seperti takdir miliknya, dengan skrip asas yang paling fofulor mengalahkan teater Asmaradana iaitu " Tak salah kita merancang, kan Allah dah cakap kalau kita berusaha Allah akan tolong?".

Sedar atau tidak, usaha yang dibuat seharusnya selari dengan syarak. Barulah timbul "Allah akan tolong". Andai hubungan tersebut berkekalan sehingga ke jinjing pelamin, Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan pasangan tersebut dalam banyak hal. Tetapi bagaimana kalau hubungan tersebut putus di tengah jalan? Malu? Marah? Sedih? Kecewa? Tepuk dada tanya cermin.

Antara jodoh, rezeki, perkara yang paling dekat dengan kita adalah Maut. Andai perancangan yang di buat perfect di mata manusia sekalipun, siapa yang boleh mengagak bila Maut akan menjemputnya? Kesian wanita andai lelaki yang dicintainya dijemput Maut sebelum sempat menikahinya, tentu celaru hidup wanita tersebut terutama sekali jika hubungan yang dibina berusia bertahun-tahun lamanya, dan umur wanita tersebut berada di peringkat yang agak menyesakkan dada untuk dirinya mencari pengganti baru, tak ke zalim namanya membiarkan mereka sebegitu?

Justeru, berhenti lah menzalimi wanita. Stop and let us together protect them for Hell Fire.







*BudakJahatCakapPasalIslam



1 comment:

disebalik nur ketenangan said...

alhamdulillah...tima kasih atas kesedaran yang ada... semoga dengan entry awk ini akan membuat lelaki2 diluar sana sedar akan tngjwb yg dipikul mereka...namun wanita juga harus memainkan peranan yg sewajarnya agar matlamat mudah tercapai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...