Tuesday, January 10, 2012

Bila Umat Bercakaran.

Gua sedih melihat post2 dan komen2 di FB yang bercakaran antara satu sama lain hanya di sebabkan perbezaan pendapat dalam politik. Gua tanya lu semua, adakah dengan bergaduh sesama sendiri dapat menyelesaikan masalah dan menimbulkan persefahaman ? Tidak. Malah ini yang mahu di lihat oleh musuh2 Islam di mana kita bercakaran di antara satu sama lain.  Idealism yahudi dan kafir sudah berjaya, buktinya adalah kalian semua bercanggah pendapat tentang isu Islam itu sendiri. Memalukan.Semua nak jadi hero tentang 'siapa orang Islam' sebanarnya,tapi kalian lupa bahawa bercakar lidah sesama Muslim itu lebih teruk dari segala apa yang berlaku..Kalau bercanggah pendapat, Musyawarah, cerita elok2, jangan nak menegakkan pendapat masing dan berkata aku betul,kau salah,salah cara tuh.




“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antara kalian (ulil amri). Maka JIKA KALIAN BERSELISIH DALAM SUATU URUSAN, MAKA KEMBALILAH KEPADA Allah (Al-Qur`an) dan Rasul (Hadith), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Hal itu lebih baik dan lebih bagus kesudahannya”. Surah An Nisa’ ayat 59.


Lepas tuh nak masing2 nak menang bila bercakap. Huh! Nak menang sangat ke bila berdebat ? Rasulullah tak ajar pun.


Dari Umamah Al-Bahili r.a dia berkata: Rasulullah bersabda: “aku menjamin dengan istana diluar syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, dan dengan istana di tengah syurga bagi yang orang yang meninggalkan dusta meskipun hanya untuk bercanda, dan dengan istana di atas syurga bagi orang yang baik akhlaknya.”
(Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad sahih)


Percakaran antara ummat nie memang sudah Rasulullah informkan awal2. Ummat Islam akan bercakaran untuk menentukan siapa yang berada di atas tali kebenaran. Gua teringat cerita dan hadith Rasulullah.


‎'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.



Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.


Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).



InsyaAllah,jika diskusi dengan cara yangg dianjurkan Rasulullah, maka lebih mudah untuk menyuarakan pendapat dan di smping dapat bdakwah sesama sndiri,Kita sama2 muslim harus sama2 kuat! Bukan kuat atas dasar ssebuah parti,tapi atas dasar ISLAM dan MUSLIM.Kita ada satu kitab iaitu Al-quran dan kita ada seorang pemimpin yang sama Rasulullah. Itu lah ikutan kita,itulah reference kite,itu lah cara hidup kita. Berbeza pendapat tidak salah,tapi cara kite menyuarakan pendapat kite itu yg menjadi persoalan.Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...