Wednesday, November 30, 2011

Is it You Rasulullah ?


Gua berjalan , seakan-akan di sebuah kedai baju tetapi tiada baju yang dijual. Sambil berjalan tanpa arah , gua perasan ada seseorang di hadapan gua lebih kurang 10 meter dari gua. Dari belakang tampak jelas pemakaian orang  tersebut , berserban dan berbaju putih. Gua perhatikan dia , lama. Cukup lama. Tiba-tiba , gua di sapa oleh seseorang dari belakang. Tetapi gua tidak menoleh ke belakang. Just sekadar terasa. Beliau berkata "Itu lah dia , Rasulullah". Dan lelaki di hadapan gua menoleh ke belakang , sambil tersenyum. Indah. Begitu Indah. Ternampak sisi muka lelaki tersebut , dan beliau tersenyum , sangat cantik. Belum sempat beliau memusingkan badan beliau , gua menyungkur , sujud. Sambil menangis. Gua terasa tidak layak untuk menatap mu Ya Rasulullah. Gua terus menangis dan menangis. Adakah itu kamu Ya Rasulullah :'(( ???


Layakkah Aku :'(( ???

p/s seperti bukan mimpi , terjaga ku seperti baru kembali dari tempat yang bukan mimpi. Wallahualam. Ku serahkan padaMu Ya Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...