Saturday, August 13, 2011

Kecurian


Hari ini gua free , gua just lepak dekat rumah gua. Selepas solat zuhur di masjid rumah gua , gua menuju ke pejabat untuk minta tolong adik gua untuk siapkan sedikit kerja yang belum di settlekan. Tiba2 ! suspen sikit. Gua dikejutkan dengan berita kecurian yang berlaku di kawasan rumah gua ini. Atas arahan sahabat gua yang meminta tolong untuk mengambil report berkenaan perkara tersebut , gua pun menuju kepada suspek bersama2 dengan seorang adik gua.

Choose wisely.
Setelah tiba , gua mengecam suspek2 tersebut. Suspek yang terlibat sangat2 lah gua kenali kerana gua pernah satu kumpulan dengan mereka sebelum ini. Gua tak faham kenapa mereka sanggup melakukan perkara tersebut kerana pada pendapat gua di institusi ini sepatutnya tidak wujud perkara2 sebegini. Tapi gua faham , mereka juga manusia yang dikongkong dengan hawa nafsu dan keinginan kotor walaupun Syaitan Laknatullah telah pun dibelenggu. Mungkin mereka ada sebab tersendiri. So gua pun approach mereka dan bertanya mengapa perkara tersebt boleh terjadi. Mereka diam membisu. Malu , marah , sedih mahupun terkejut dengan penangkapan mungkin ? Tapi gua percaya , setiap manusia ada ruang untuk taubat dan sudah tentu HUKUMAN yang sebenar adalah milik ALLAH. Mungkin hukuman di dunia ini sekadar untuk menyedarkan mereka. Wahai adik ku A & I. Sedarlah. Dunia ini palsu semata2.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekirannya mereka mengetahui.
(Al-Ankabut 29:64)

Andai diberi peluang , gunakanlah peluang tersebut sebaik2nya. Katakanlah , cukuplah Allah bagiku. Teruskan berdoa kerana doa adalah senjata yang paling berkesan sekali. Andai kamu berdua disingkirkan daripada institusi ini , ingatlah. Rezeki ALLAH berada di mana-mana.

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahinya, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYAlah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.
(Al-Mulk 67:15)

p/s Pengajaran yang perlu diambil , ingatlah. ALLAH maha melihat , andaikata ALLAH memberi ujian , maka bersyukurlah kerana sesungguhnya ALLAH sayang pada hambaNYA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...