Sunday, August 14, 2011

Tension



Gua manusia biasa. Gua ada perasaan tension , perasaan penat , perasaan ingin tidur sepanjang hari dan perasaan ingin lepak sepanjang masa. Kerja yang gua dapat semakin bertimbun2 dan gua sangat2 tension sekarang ni. Tapi Alhamdulillah gua dikurniakan sahabat yang mampu mendengar luahan hati gua , menasihati gua , memberi jalan kepada gua supaya sentiasa sabar. Gua bersyukur dikurniakan nikmat iman. Islam agama yang unik. Tension adalah salah satu perkara yang akan membuatkan kita rasa letih dan lesu. Rasa malas untuk melaksanakan tugas yang terlalu banyak. Sehinggakan wujud perasaan tak puas hati , asyik marah2 , itu ini tak kena , dan banyak lagi. Prestasi pun akan menurun kerana stress yang melampau. Tapi kita kena ingat , 'stress' adalah hamba Allah yang ditugaskan untuk menguji setiap orang di muka bumi ini. Pelik kan :) ? Tapi tiada yang mustahil bagi ALLAH. First ALLAH ingin kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Demi MASA! Salah satunya adalah masa LAPANG sebelum SEMPIT. So jangan lah di sia2kan masa lapang yang ada. Gua tension sebab banyak menghabiskan masa lapang dengan perkara2 yang tidak berfaedah. Pengajaran untuk gua!


Surah Al-Ashr' (Demi Masa)
Second adalah ALLAH hendak ktia biasa berada dalam keadaan tersebut supaya dapat meningkatkan tahap keimanan kita. Setiap orang berada di tahap yang berbeza dan ALLAH menguji bersesuaian dengan tahap masing2. Selain itu, ALLAH pasti menguji hamba2NYA dengan bermacam2 cara hanya untuk memastikan hambaNYA benar2 bertakwa kepadaNYA.


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(Al-Baqarah 2:286)


Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, JIWA, dan buah-buahan. Dan sampaikan lah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah 2:155)

Nah , kesimpulannya kalau gua redha dan gua sabar InsyaALLAH ganjaran yang disediakan cukup besar. Redha Allah sudah cukup bagi gua. So kepada kawan2 di luar sana , hadapi stress dengan mengakses kepada TUAN stress tersebut iaitu ALLAH. Peace :D

Semoga gua tergolong dalam golongan-golongan yang SABAR.

p/s Alhamdulillah , gua dapat kawal stress gua. Syukran Ya ALLAH.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...