Saturday, October 30, 2010

Syaitan Kejut Solat

   Suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh tersebut. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.


   "Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh padahal kau amat benci pada orang yang solat?" Syaitan menjawab, " aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh".
    Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, " kenapa?" Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah. " aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih serius dan banyak", kata syaitan.


   Tambah syaitan itu lagi, " kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu, aku dan kawan-kawanku nanti akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan banyak kerja untuk menyekat amalan baikmu nanti!"

  • so. moral of da st0ri.. syaitan sangat kreatif dalam sesatkan kita sebagai manusia. dy bukan saje arif dalam amalan baek dan jahat tetapi turut arif dalam keutamaan amal. so, kite sabagai manusia yang byk khilafnye..harus peka dan sedaya upaya melakukan perintahnya dan meninggalkan larangan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...