Wednesday, May 12, 2010

Lelaki & Wanita

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN!!

3.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4.
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu tanggung.Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan
kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti
intan
permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya
3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya
dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita
perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat
dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya
jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang
lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah....................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...