Tuesday, April 20, 2010

Sosial Dalam Islam

*credit to Asyraf Dinie Bahari (Abu Aisyah Asyraf Dinie) on Facebook...~! :

Sosial boleh,memang ia tuntutan Nabi saw bahawa insan yang lebih baik bukanlah mereka yg tidak bergaul,tetapi adalah mereka yg bergaul dgn manusia,tp bersabar dgn bermacam2 kerenah manusia spt dlm hadis dibawah:

“Orang muslim jika dia bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan nya, maka dia lebih baik dari orang muslim yang tidak mahu bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas gangguan” (HR Tirmidzi 2341,disahih kan oleh Al-Albani, Lihat Shohihul Jami’:6651)

Namun batasan tetap perlu wujud dan jangan kita melihat semua tindakan org manusia kita rasa boleh kita sertai tanpa melihat dahulu dalil2 nya.Kerana kalau kita melihat semua perkara yg kebiasan tu boleh kita lakukan,maka kita tersilap kerana lumrah nya,kebiasaan manusia itu lah sesuatu yg akan membawa kepada kebinasaan.

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)" (Al-An'aam 6:116)

Maka,dengan itu lelaki muslim dan wanita muslimah seharus nya sentiasa menjaga batasan tidakan nya dan sentiasa memerhati agar sentiasa didalam ruang lingkup Al-Quran dan As-Sunnah yg sahih.Dua sumber ini seharus nya menjadi kayu ukur utama dlm apa jua tindakan kita agar kita sentiasa dlm redha dan kasih syg Allah.Seperti dlm surah ini dengan sentiasa menjadi Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah nabi saw) sbg rujukan utama dalam melayari kehidupan ini:

"Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (An-Nisa' 4:59)

dan dalam melayari bahtera kehidupan ini,sentiasa lah menjadikan sunnah nabi saw sbg pedoman utama krn nabi saw adalah qudwah hasanah yg ditunjuk oleh Allah swt utk kita ikuti,serta dgn mengikuti sunnah nabi saw sahaja,kita akan dapat mampu menggapai cinta Allah swt dan pengampunan Nya.InsyaAllah.Spt dlm ayat surah Ali Imran ini:

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Ali Imran 3:31)




p/s Semoga bermanfaat perkongsian ini.Amin...

1 comment:

jane said...

ye betul...tak salah bersosial so long kite tau mana batas2nya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...