Sunday, May 22, 2016

Post Berhabuk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Gua tak ingat bila kali terakhir gua buka blog gua ni.
Alhamdulillah gua masih ingat password blog gua ni.
In shaa Allah gua cuba rajinkan diri menaip di blog ni.
Untuk tatapan dan peringatan diri sendiri.


Sunday, February 9, 2014


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Pandangan kaca mata dari seorang daie mestilah sentiasa positif.

Bukan menghukum dan menganggap apa yang kita tahu atau faham turut diketahui dan difahami oleh orang lain.

Kita bertuah dan seharusnya bersyukur apabila Allah mengurniakan kita keluarga yang baik agamanya, sahabat yang soleh solehah, dan biah yang solehah mawardah, namun jangan menganggap orang lain turut menerima dan merasai apa yang dikurniakan kepada kita.

Itu lah tugas daie. Pandangan pertama yang keluar dari kaca mata seorang daie adalah kasih sayang dan husnuzon. Mungkin 'mereka' sedang dalam tarbiyah Allah secara senyap2 dalam hal akhlak dan budi pekerti? Mungkin 'mereka' sedang dalam rangka memahami keutuhan aqidah? Mungkin mereka masih belum mengerti pengkhususan syariat dalam sesuatu hal dek kerana fokus untuk memahami perkara yang lebih mudah? Kerana tidak semua orang sama.

Para daie, bagilah 'mereka' peluang.


# Sedih dengan sikap daie. Kedekut dengan tarbiyah.

Sunday, December 15, 2013

Cinta Halal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Tengah godek2 picture lama terjumpa kenangan lama bersama dengan sahabat.

First time berkenalan dengan sahabat bernama Akram Solihin Zakaria - was at Broga Hills + Gunung Tok Wan.

Ukhuwah jangan di ukur,
kerana ia tidak bisa lentur.

Walau masa menggigit ruang,
cinta kerana Allah tidak pernah kurang.

Kita bertemu kerana Allah,
tidakkan terpisah kerana pegangan Syahadah.

Andai di bumi tidak mampu ketemu,
InsyaALLAH di syurga kita bersatu.

Andai mulut terkunci mati,
Andai jasad di mamah bumi,
Andai yahudi memporak Islami,
Andai tribulasi mencengkam diri,
Andai mehna menjerut naluri,
Andai jahiliyah membunuh pertiwi,
Andai diri terkorban di bumi,

cukuplah pokok ini menjadi saksi,
Saksi kepada pertemuan kerana Ilahi,
dan dipayungi Arash di Masyar nanti.



Akram Solihin Berduet dengan Huzaifah Mahmud

Wednesday, November 27, 2013

Rusuk, Tusuk Cintamu Kerana Allah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Pemuda dan jihad. Tak perlu dikerah, ia hadir dalam keutuhanan dakwah dan tabiyah. Jiwa yang kental mampu menahan tribulasi dan mehnah.

Pemuda dan cinta si hawa. Tak perlu dipaksa, ia akan hadir dalam jaga dan lena. Jiwa yang kental juga mampu tergugah dengan penangan asmara cinta.

Justeru, si pemuda yang sedang berjihad. Perlu merasa nikmatnya asmara cinta si hawa. Tetapi semata hanya kerana Allah. Bukan nafsu nafsi dan ikutan sosialis. Tetapi sebagai pemangkin untuk berjihad kepada Ilahi. Hikmah penciptaan pasangan sulung duniawi. Semata untuk mengorak langkah menuju Mardhotillah dan memenuhi fitrah hati. Penuhilah qudwah Rasul yang disayangi, Supaya kelak memperoleh nikmat syurgawi dengan si Hawa idaman hati.



Tuesday, October 1, 2013

Nukilan Kawan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

"Takziah."

"Sabar yer."

"Jangan risau, fokus kerjaya kau."

"Kau boleh dapat orang yang lebih baik."

Pelik. Ku sangka ada insani yang menyambut seruan Ilahi. Pergi meninggalkan semua keluarga seisi. Rupa-rupanya kisah cinta hati yang memungkiri janji. Heh.

Si wanita cantik dengan pakaian tunangannya. Di upload majlis pertunangannya di Muka Buku. Tak cukup dengan itu di canang pula siapa 'bakal' peneman hidupnya. Atau lebih tepat, bakal peneman hidupnya.

Aku tak hairan. Sebab aku tahu tak semua cinta kampus membawa ke jinjing pelamin. Tak semua cinta 'beruk makye' berakhir dengan happy ending. 

Sahabat taulan kelihatan terkejut dengan penerimaan berita tersebut. Lain yang dicinta, lain yang diberita. Tak cukup dengan itu, ada yang mengkeji sebelah pihak mengatakan tidak setia. Aik.

Itulah jodoh. Kadang kala kita terlalu awal memilih untuk melempiaskan cinta kepada yang bukan empunya. Sedangkan Allah telah menyediakan jodoh yang terbaik seandainya kita memilih kaedah mencari jodoh yang terbaik. Bukan menyerahkan jiwa raga pada yang bukan hak. Justeru tiada siapa yang salah. Cuma persepsi manusia kadang kala suka menyalah. Biarlah.

Kini, sahabat aku mula menyendiri. Memikirkan hikmah yang tersembunyi. Mungkin karier hidup si lelaki yang masih panjang dan baru bermula membuatkan si wanita terfikir penantian satu penyeksaan? Faktor umur mungkin? Biarlah.

Tapi, aku tak rasa si lelaki akan kecewa dan frust menonggeng sampai kiamat dunia. Fitrah lelaki. Senang mencari senang memiliki.Tambahan dengan rupa paras anugerah Ilahi. Silap haribulan si wanita bertunang dahulu, si lelaki yang bernikah dahulu. It's might happen.

Ini kisah cinta kampus. Si lelaki berkepit dengan si wanita. Berjalan ibarat dunia mereka yang punya. Bergurau senda tak kira masa. Study group bersama. Makan bersama. Keluar bersama. Semua bersama-sama. Indahnya cinta mereka. But in the end, tetap Allah punya kuasa. Jodoh tak kemana. Fitnah berleluasa. Syaitan melompat gembira mengada-ngada. Cinta mereka, adakah mengundang murka? Biarlah di jawab di padang Masyar kelak. I don't want to judge anyone. Let Allah judge us. 

Ibrahnya. Hentikan lah cinta sia-sia. Tak tergantung harapan pada yang tak punya kuasa. Kita tak hidup lama. Utamakan tingkatan cinta. Tidak wujud 2 cinta dalam 1 hati di tingkatan yang sama. Aula kan cinta kita. Justeru kita mampu meletakkan jiwa dan raga pada tempatnya. Tak akan kecewa sampai bila-bila. Allah kan sayang kita ^^v. 

Nah sajak.

Bila kita ungkapkan janji pada insani,

Mungkin tertunai 2 perkara,

Sama ada ditepati,

Atau dimungkiri,

Justeru,

Ingatlah janji Ilahi,

Janjinya tidak pernah dimungkiri,

Tatkala kita terlupa janji,

DIA akan menguji,

Untuk menyedarkan kembali,

Janji dan pegangan diri.

Letaklah janji untuk Ilahi,

Terutamanya janji cinta sehidup semati.

#Tribute to my friend.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...